Thursday, May 12, 2011

Sumbangan emas untuk membiayai program Idham Care - IKON Muslimat Muda


5 Jamadilakhir 1432H. - Sumber http://idhamlim.blogspot.com

GOMBAK, 8 Mei : Program separa realiti IKON Muslimat Muda anjuran NGO muslim Idham Care semakin menghampiri hari pelancaran dan perasmiannya. Minggu lalu, pihak pengurusan NGO itu juga telah mencapai persetujuan bersama dengan pihak pengurusan Hotel TAHA D Mutiara Resort yang dimiliki penuh oleh Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang bagi untuk melangsungkan acara besar gilang gemilang program itu di Dewan Banquet D TAHA yang boleh mengisi 1000 tetamu jemputan.

Bagi mengisi dana program, NGO muslim Idham Care juga kini membuka jualan kupon makan malam berharga RM20 seorang atau RM200 untuk tempahan meja ketika majlis perasmian itu berlangsung.

Dan insyaallah, perasmian program separa realiti itu akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato' Mansor bin Othman serta penampilan khas IKON oleh Cik Hajjah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman, Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-51 yang juga peserta Naib Johan Akademi Al-Quran 2008 lalu.

Pagi awal pagi tadi, penulis telah dihubungi oleh Pengerusi Idham Care, Drs Khalil Idham Lim dan memaklumkan bahawa beliau telah menerima seutas gelang emas bersaiz besar sumbangan ikhlas seorang muslimat jemaah selepas selesai memberikan kuliah subuh di Surau Ubudiah Taman Seri Gombak, Selangor.

Sumbangan ikhlas emas itu diterima daripada Puan Hajjah Safinah bt Hj Sadikom bagi membantu program dakwah dan kegiatan kebajikan Idham Care.

" InsyaAllah, melalui sumbangan ini ia akan menyemarakkan lagi kegiatan kami termasuk program Ikon Muslimat Muda yang akan dilancarkan pada sedikit masa lagi di Pulau Pinang, "

" Saya selaku Pengerusi Idham Care mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajjah yang menyumbang kepada Idham Care. Semoga Allah merahmati dengan dipanjang usia dalam keberkatan serta dimurahkan rezeki. InsyaAllah dalam masa terdekat sumbangan emas ini akan digunakan bagi membiayai program dakwah Idham Care, " jelas beliau lagi,

" Sehubungan dengan kegiatan kebajikan NGO muslim -Idham care ini, khususnya seperti program besar dakwah melalui Ikon Muslimat Muda.," ujarnya ketika mengakhiri bicara melalui telefon pada pagi ini.

Daripada apa yang beliau harapkan, sumbangan boleh diberikan dalam bentuk wang ringgit, sumbangan penajaan iklan di akhbar Sinar Harian, zakat, sumbangan kenderaan rasmi ikon muslimat, bantuan kelengkapan studio rakaman, alat perakan video berkuasa tinggi, kamera , bantuan komputer, penajaan pakaian dan segala bentuk sumbangan yang berkaitan bagi menjayakan program ikon muslimat muda.