Tuesday, October 19, 2010
Monday, September 20, 2010
Inflasi Membunuh Kewangan Anda...
sumber diambil dari http://geng916.com
(dari sumber:- http://kencanabook.blogspot.com/2010/08/inflasi-membunuh-kewangan-anda.html
sumber: http://rancangwang.wordpress.com/inflasi-membunuh-kewangan-anda/)
INFLASI MEMBUNUH KEWANGAN ANDA, JIKA ANDA TIADA PERANCANGAN KEWANGAN DARI SEKARANG
Inflasi pada perkiraan Bank Negara berada pada tahap 3.5 – 4% setahun. Bagaimana kadar ini ditentukan tidaklah kita tahu sangat. Tetapi mengikut perkiraan Perancang Kewangan, kadar inflasi berada pada kadar 7.7%.
Apakah inflasi : Inflasi adalah suatu kadar yang ditentukan untuk mengukur kenaikan harga barang di pasaran ( ini dalam bahasa mudah ).
Mari kita lihat kesan inflasi untuk 20 tahun akan datang.
——————— ——————- ————————————————
1. Makanan
Roti canai pada 5 tahun lepas berada pada tahap RM 0.50 sekeping. Sekarang 2008, ia beharga RM 0.80. ( kenaikan 37.5% ). Harga Mee Udang Penang, 5 tahun lepas berada pada tahap RM 5.00 semangkuk. Sekarang 2008, berada pada tahap RM 12.00 semangkuk. ( kenaikan 140 % )
Sebuah keluarga pada hari ini membelanjakan RM 20 sehari untuk makan pagi, tengahari dan malam. Ini kadar yang termurah. Untuk 20 tahun lagi dengan kadar inflasi 6%, ia berada pada tahap RM 64.15 SEHARI. 20 tahun dari sekarang adalah ZAMAN PERSARAAN BAGI KEBANYAKAN ORANG SEKARANG.
SEHARI RM 64.15
SEBULAN RM 64.15 X 30 = RM 1924.5
SETAHUN = 12 X RM 1924.5 = RM 23094 ( Hanya untuk MAKANAN PAGI , TENGAHARI DAN MALAM )
Selepas bersara, orang Malaysia boleh hidup lagi 20 – 30 tahun.
Kalau anda hidup 25 tahun lagi selepas bersara, anda memerlukan RM 23 094 X 25 = RM 577 350.
INI HANYA UNTUK PERBELANJAAN MAKANAN PAGI, TENGHARI DAN MALAM.
Tak termasuk belanja perubatan, wang sara hidup yang lain, bil2, hutang2 jika masih ada, tanggungan anak universiti ( kebanyakan pesara masih mempunyai anak belajar di universiti ), hiburan dan rekreasi, percutian, umrah dan haji.
Jika nak dikirakan semua, anda mungkin memerlukan antara RM 4 000 – RM 5000 sebulan bagi menyara kehidupan selepas bersara. Ini bermakna, untuk 25 tahun selepas bersara anda memerlukan RM 5000 x 12 bulan x 25 tahun = RM 1.5 JUTA
Agak – agak KWSP anda MAMPU mencecah angka JUTA dalam masa 20 tahun dari sekarang ?
————————- —————— —————————————-
2. Pendidikan Universiti Anak
Hari ini, rata – rata student IPT Awam meminjam RM 40 000 untuk biaya pendidikan mereka. IPT Swasta meminjam RM 60 000 atau lebih.
20 tahun akan datang, dengan inflasi 5%, kos IPT Awam bakal mencecah RM 111 438. ( RM 110 000 – RM 120 000 ). Tempat IPT Awam adalah sangat terhad. Persaingan sangat sengit. Sekarang jika anak anda cemerlang dalam SPM, belum tentu mereka boleh ke IPT Awam. Tajaan Kerajaan keluar Negara hanyalah RM 2000 setahun dengan kuota bumiputra telah dikurangkan baru2 ini ke 50%.
Jika anak anda tiada pilihan dan terpaksa ke IPT Swasta, kos yang bakal ditanggung oleh anda adalah RM 159 197 ( RM 150 000 – 160 000 ).
PINJAMAN PELAJARAN
Jangan terkejut jika pada hari ini, pemberi pinjaman ( bank dan termasuk institusi kerajaan seperti PTPTN dan MARA ) mengenakan interest / bunga ke atas pinjaman. Cuba anda bayangkan pinjaman RM 100 000 – RM 150 000 jika dikenakan bunya pada kadar 3 – 6% setahun selama 10 tahun bayaran balik pinjaman, mereka akan untuk antara RM 40 000 – 60 000. Jelaslah disini pinjaman pelajaran telah menjadi suatu PRODUK YANG MENGUNTUNGKAN BANK DAN SESETENGAH INSTITUSI KERAJAAN.
BAYARAN BALIK YANG MEMBEBANKAN
Jika hari ini mereka yang meminjam RM 40 000 terpaksa membayar RM 250 / sebulan kepada pihak pemberi pinjaman, bagaimana pulak bagi anak anda yang bakal meminjam RM 120 000 utk 20 tahun akan datang ? Berapa jumlah yang terpaksa dibayar mereka ? RM 500 sebulan ? RM 700 sebulan ?
Graduate yang baru kerja bidang Engineering, akan mendapat gaji purata RM 2000 / sebulan. Dengan kadar kenaikan gaji setahun yang rendah 2% setahun, bakal jurutera 20 tahun akan datang bakal mendapat gaji permulaan sekitar RM 3000 / sebulan. Jika RM 500 terpaksa digunakan untuk membayar pinjaman pelajaran, bermakna 16% telah digunakan. Bagaimana mereka hendak merancang kewangan dengan berkesan jika 16% terpaksa digunakan untuk membayar liabiliti. Ini tak termasuk pinjaman kenderaan , rumah , pinjaman peribadi untuk kahwin dan kos sara hidup RM 2000 sebulan untuk makanan shj.
————————— ——————- ————————————-
3. Kos perubatan dan rawatan Hospital
Angka yang nak ditunjukkan kepada anda amatlah menakutkan. Yang pasti kos rawatan penyakit kritikal adalah berada di sekitar atau hampir RM 100 000 untuk 20 tahun akan datang.
Sekarang Kos rawatan kanser melebihi RM 100 000 utk stage 4..mcm apa yg menimpa pelakon Azean Irdawaty..beratus ribu habis…kalau kita isteri Perdana Menteri..tak kisah sbb boleh dapat rawatan 1st class di US.
————– ————————— —————————————————–
RANCANGLAH KEWANGAN ANDA DARI SEKARANG
Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dalam financial planning seperti yang pernah dibincangkan dalam kursus FP yang pernah saya hadiri
Ada pendapat (dari FP Cina) menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun ia seperti bagaimana anda menjalani hidup anda sekarang.
Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat. 8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori utama, iaitu
1/3 untuk tidur / berehat
1/3 untuk bekerja
1/3 untuk aktiviti semasa
Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita menerima income, pengurusan kewangan kita, terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-
1/3 untuk simpanan & pelaburan
1/3 untuk bayaran hutang pinjaman (tips – bayaran kereta tak lebih dari 15% gaji anda. Bayaran rumah 20% dari gaji anda.
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa
Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita, mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansurans TIDAK BOLEH LEBIH dari 1/3 gaji bersih anda.
Of course, dalam kehidupan sebenar, anda boleh adjust sedikit nisbah di atas, untuk menyesuaikan diri seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk keperluan semasa dan 35% untuk bayaran hutang. But roughly, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan kewangan.
1/3 Gaji untuk Simpanan dan Pelaburan
Jika anda bergaji RM 4000 ( termasuk isteri dan suami ), 1/3 dari gaji = RM 1333.33 atau RM 1300. Lihat bagaimana sy membahagi RM 1300 kepada beberapa bahagian dalam merancang kewangan :
——————— ————- —————————————-
BINA DANA PERSARAAN ANDA SENDIRI – Jangan harap pada KWSP atau pencen kerajaan sahaja. Ingatlah kesan INFLASI
Melaburlah di Saham Amanah
Sama ada anda perasan atau tidak, saham amanah adalah instrumen pelaburan yang mempu memberikan pulangan antara 9 – 15% setahun untuk jangka masa panjang.
Jika anda menyimpan dari gaji anda – RM 400 / sebulan, dengan kadar pulangan purata 15% setahun, ia mampu menjana dana persaraan anda RM 380 000. JIka ada bajet lebih anda boleh tambah pelaburan RM 500 RM 600 atau RM 1000/sebulan jika mahu. lawati www.publicmutual.com.my
Jika anda mempunyai KWSP, anda boleh mengeluarkan sebahagian dana dari Akaun 1 untuk dilaburkan di Saham Amanah. Jika anda keluarkan RM 20 000 , dalam masa 20 tahun, dengan pulangan purata 12% setahun, ia mampu menjada dana persaraan anda sebanyak RM 658 379. 00. Jika anda masih kekalkan RM 200000 di KWSP dengan pulangan purata 5% setahun, ia hanya menjana 67 727 shj. sila lawati www.kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pelaburan Ahli KWSP
—————– ——————————- ———————————
WARISKAN GAJI ANDA PADA KELUARGA TERSAYANG
Sebelum anda sebagai PENCARI NAFKAH keluarga ditimpa musibah, binalah benteng perlindungan gaji anda. Jika musibah menimpa tanpa benteng untuk menampan kesannya, keluarga anda bakal ditimpa satu lagi musibah iaitu BENCANA KEWANGAN disebabkan kehilangan punca pendapatan keluarga.
Binalah Perlindungan ke atas Gaji anda
Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di TAKAFUL/INSURANS BERKAIT PELABURAN , ia mampu menjana benteng perlindungan pendapatan sebanyak RM 300 000 sekiranya PENCARI NAFKAH meninggal dunia / lumpuh kekal. Sy cadangkan RM 300 /sebulan.
RM 300 000 jika dilaburkan dengan pulangan purata 10% setaun , ia mampu menjana pendapatan RM 30 000 /setahun untuk waris / keluarga meneruskan kehidupan.
———————— ——————————- ————————————–
ANDA SEBAGAI SUMBER DANA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN IPT ANAK
Dalam masa 20 tahun dari sekarang, jika anak anda berumur 1 tahun, simpanlah RM 150 sebagai permulaan bagi setiap anak anda di saham amanah bagi memenuhi IMPIAN ANDA MELIHAT MEREKA KE MENARA GADING tanpa perlu bersusah payah mencari sumber untuk meminjam bagi membiayai pendidikan mereka.
——————— —————– ———————————————————
BIAR ORANG LAIN BAYAR KOS PERUBATAN DAN RAWATAN PENYAKIT BIASA/KRITIKAL DI HOSPITAL
Dengan memperuntukkan RM 150 – RM 200, anda mampu memnyediakan dana RM 60 000 dalam sekelip mata bagi setiap ahli keluarga anda jika salah seorang dari anda mahupun kesemua ahli mendapat rawatan bagi penyakit biasa atau kritikal di Hospital swasta.
Anda mungkin ditanggung insurans company tempat anda bekerja, tetapi adakah anda akan bekerja dengan mereka walaupun anda sudah berumur 56 tahun ? Jika company anda gulung tikar, adakah mereka masih menjaga kebajikan keluarga anda ? Ingat, kebanyakan penyakit akan muncul lepas anda berumur 50 tahun.
Kos rawatan yang tinggi mampu merentap poket anda sehingga KOSONG jika anda tidak mempunyai apa – apa perlindungan perubatan. Adakah anda relah menggunakan wang KWSP atau dana persaraan anda bagi membiayai kos rawatan penyakit ?
——————– ——————- ——————————————————-
KESIMPULAN
Mari kita lihat sama ada allocation gaji tadi memenuhi 1/3 dari gaji anda yang disarankan untuk simpanan dan pelaburan.
Dana Persaraan + Dana Pendidikan Anak + Plan Perlindungan Gaji + Dana Perubatan
RM 400 + RM 300 + RM 300 + RM 200 = RM 1 200 / sebulan bagi merancang kewangan anda.
RM 1 200 masih kurang RM 1300 (1/3 GAJI ). Lebihan RM 100 anda boleh manfaatkan untuk tusyen anak dan lain2.
Jika anda mampu allocate gaji untuk tujuan simpanan dan pelaburan lebih dari 1/3 gaji, ia adalah sangat digalakkan.
Allocation diatas tidak semestinya diikuti, tapi ia menjadi contoh dalam merangka plan kewangan anda. Ia bergantung kepada keadaaan kewangan anda sekarang dan matlamat kewangan anda.
Sy mempunyai kalkulator kewangan untuk lebih memudahkan, jika anda mahukan cadangan perancangan kewangan, email kepada sy dan sy akan hantar satu borang maklumat untuk anda isi. Kemudian sy akan memberikan proposal kepada anda mengenai perancangan kewangan.
——————– ————————- ——————————
PENUTUP
Bertindaklah dari sekarang dalam merancang kewangan anda. Ia memang perlu. Bagi memastikan kewangan anda tidak berada dilandasan yang salah dan membinasakan kehidupan persaraan anda.
ULASAN :-
kepada para pembaca fikirkanlah….inilah kelemahan wang kertas….wang kertas akan susut nilai bila kena inflasi…jadi kalau kita menyimpan wang kertas tak kiralah banyak mana pun..kuasa membeli akan hilang…jadi jika para pembaca hendak menyimpan…simpanlah dalam bentuk emas kerana emas kalis inflasi…1 Dinar dahulu boleh beli seekor kambing dan sekarang pun masih boleh beli kambing dengan 1 dinar emas…jadi fikirlah
Wednesday, September 8, 2010
Promosi...September & Oktober
bestnya tengok harga emas naik jek skrg nie...dengar cerita lepas raya naik lagi....yahooooo...
p/s : untuk CT, best x...hang punya tu dah dekat nak sama dgn saguhati yang dapat...x lama mana pun....he he....
Thursday, August 26, 2010
Saguhati Raya...
Mok baru beli last week...masa dia beli harga 1 Dinar RM584...hari nie harga dia RM589..dah untung RM5...tu satu...Mok beli 5...dah untung RM25...dalam masa seminggu...sape nak bagi RM25 seminggu...lepas jugak duit makan + minyak + tol sehari...
Thursday, August 19, 2010
Dinar, dirham jadi rebutan rakyat Kelantan
| Rata-rata pembeli yang ditemui berkata mereka berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi. "Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya. Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan semalam. "Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian. "Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya. Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736). "Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya. Beliau berkata bagi dinar, ia dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas. "Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya. Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham. - Bernama |
10 dinar untuk tunai haji pada 2015??

Uda n Abg Li, jom kita kira sama2 cam mana boleh dapat cam tu...(kita anggarkan kenaikan 1 dinar sebanyak 20% je setahun)
| Pengiraan bagi 1 Dinar | Kenaikan 20% | |
| 16 Ogos 2010 | 581.00 | 116.20 |
| 16 Ogos 2011 | 697.20 | 139.44 |
| 16 Ogos 2012 | 836.64 | 167.33 |
| 16 Ogos 2013 | 1003.97 | 200.79 |
| 16 Ogos 2014 | 1204.76 | 240.95 |
| 16 Ogos 2015 | 1445.71 | |
| 10 Dinar = | RM 14,457.14 |
simpan Dinar setahun 2 keping...5 Tahun dah 10 keping..kalau pergi ngan tabung haji 10 dinar tahun 2015 dah cukup...nak pakej lebih baik simpan la lagi banyak dinar sampai cukup..
"tiada suatu apa pun yang sepatutnya menghalang kita untuk berangan-angan mengapai sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini."sumber + thank you : emaskini; eda-emas; bullion-and-dinar;
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KoshajitahuninikekalRM9_980/Article
Tuesday, August 17, 2010
100 Bilion dan 3 Biji Telor...
Inflasi - Kalau berlaku inflasi, nilai matawang akan jatuh..100 bilion masa tu hanya boleh beli 3 biji telor jek...Cuba bayangkan "KALAU" negara kita mengalami inflasi...Duit kat bank yang kita simpan skrg boleh beli apa yek?
Tapi kalau kita simpan dalam Emas, pegi mana2 pun ia tetap bernilai...Jom pakat2 simpan Emas
Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham
| Ogos 12, 10 5:53pm |
Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.
"Kita bercadang mengamalkan semua urusniaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah, iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi," katanya pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di Kota Bharu, hari ini.
Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Nik Abdul Aziz, yang juga Pengerusi PMBK berkata, sehingga ini lebih 1,000 peniaga bersetuju menggunakan emas dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk berurusniaga di premis mereka.
Selain itu, Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bersetuju menjadi ejen dan menerima mata wang syariah itu untuk berurusniaga.
Beliau berkata, tidak ada sebab urusniaga mengunakan mata wang syariah ini tidak boleh diamalkan di negeri ini kerana penggunaannya telah diamalkan sebelum kejatuhan Kerajaan Othmani di Turki.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua pihak menggunakan mata wang syariah itu secara menyeluruh dan bukan untuk negeri ini sahaja.
- Bernama
Kelantan Launches Dinar & Dirham On 12th August 2010
This is the first time in the last 100 years, since the fall of the Ottoman Caliphate, when a Muslim government introduces Shariah Currency. Indeed there has been four generations of Muslims who have not seen Gold Dinar and Silver Dirham; four generations of Muslims who have been divided into little national reservations and sentenced to permanent robbery first by local, then by international Masters of Riba; four generations of Muslims who haven’t known what is their Deen. The introduction of Gold Dinar and Silver Dirham in the state of Kelantan is not a new idea or experiment, it is the return to the medium of exchange that has been known for 1400 years throughout Dar al-Islam as Money of Shariah taking its legislation from Allah’s Revelation and Rasul’s Sunnah.
Lebih Mahal Disimpan Lama..
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my
Di sebalik bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.
Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.
"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.
Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.
"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.
| |
| KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli. |
Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.
Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.
Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.
Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.
"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.
"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.
Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.
Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.
"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.
"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.
| |
| EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit. |
Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.
Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).
Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.
Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.
"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Wajib Baca Sampai Habis..
Last2 aku jumpa secara x sengaja...aku nak share ngan sume org...takut gak bila abis baca...Fikir-fikir la...
"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni. Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.
Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.
OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat.""pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi).
Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".
Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, ada org Malaysia yang byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia. Maknanya mereka memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.
Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank.
Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).
Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis.
Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-
1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).
Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."
Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".
Emas Public Gold & Public Dinar
Naper aku tulis cam tu? Dan kenapa aku pilih EMAS Public Gold (PG) & Public Dinar (PD)...OK jom kiter share lagi....
1. PG & PD nie EMAS gak..tapi dalam bentuk Jongkong...Senang nak bawak mana2...
2. Aku ngan Danish lelaki - Kalau beli Barang Kemas, kitaorang nak pakai kat mana?x kan Cinta ngan Ummi jek nak ada EMAS..kan Danish kan...
3. Danish n Cinta pun boleh @ mampu beli EMAS, sebabnya Harga 1 Dinar tu lebih kurang RM580 (skrg nie)..Cuba calculate umur dorang 15 Tahun akan datang brape nilai 1 Dinar tu nnt......Tu kalau 1 Dinar...Kalau 10 Dinar...100 Dinar....
Tapi kalau Danish n Cinta nak beli Tanah or Beli Rumah dengan duit RM580 tu, lepas duit booking jek kot...Balance tu cam mana pulak...??Dorang mana ada slip gaji nak buat loan...Loan kat FAMA(Father Mother) pun x lepas...
So duit Raya Danish ngan Cinta tahun nie akan Abah convertkan dalam bentuk EMAS ...Bukan untuk Abah ngan Ummi pun...Untuk masa depan korang berdua gak...
Kan Abah dah kata kitaorang nie cuma pemegang Amanah jek..Kitaorang cuma tolong uruskan jek...Semua yang ada dalam dunia nie, Allah yang punya...Bukan Ahmad Albab yang Punya....Ha Ha Ha
4. Nie yang paling penting naper aku pilih PG n PD...-->Sebab ia boleh dipajak gadai..
Katakanlah...nie katakanlah...tetiba mana la tahu...Road Tax Chevy Mati..Insuran pun Mati...
Dalam bulan yang sama gak nak raya...Nak beli baju, kasut raya Danish n Cinta lagi..Tayar keta plak dah botak nak kena tukar...Macam2 lagi...So PG & PD nie boleh la membantu...Takkan nak pinjam kat orang yang kaya raya kot (jari masin kaz yang tulis)...or pinjam kat AhLong ker...So gi la Pajak...Jangan la gi pajak kat "Kedai Pajak Gadai Wah Wah Wah" atau "Kedai Pajak Gadai Velo Semy"...
Gi la Gadai kat Bank Rakyat ker..Agro Bank ker...Bab Gadai tu kita citer kat topik lain..Tu semua kena ada ilmu...x semestinya kita pajak gadai tu kita rugi atau kita susah...
Kalau tahu caranya dengan pajak gadai jugak kita boleh buat duit atau tambah harta kita...tapi kena ada ilmu la...Ada masa kita share lagi....
Point kat sini, kalau kita beli barang kemas...boleh gak gadai ....TAPI...ada tapinya....
contoh :"Raya tahun depan org kampung tanya, mana rantai EMAS kau pakai tahun lepas Minah??? "Takkan nak cakap "dah gadai la Mak Ngah,tengah sesak"...or "ada kat kedai pajak gadai la Pak Itam"....Mesti segan nyer nak cakap cenggitu...
Tapi kalau EMAS PG or PD kita pajak,saper pun x tahu...betul x??
Bukan nak promote PG n PD nie...tapi kira promote la jugak...Cuba gi kat Kedai2 EMAS yang famous...Ada gak Jongkong2 EMAS nie...Tapi mesti ada kelebihan PG n PD nie...
Tu nnt kita bukak n3 lain....penat nak menaip...klu dok sembang je boleh citer sumer....he he...
Ada masa kita sembang2 lagi pasal nie....
Website Public Gold & Public Dinar nie boleh dilayari di
Apa2 soalan boleh tanya kat aku...Yang aku tahu aku bgth.....
p/s : Uda pernah nampak kot board nie...
Emas..

Contoh Pertama
Kalau fikir2 balik, cuba kita bayangkan (tengok kat siling, tangan pegang kat dagu) dulu nasi lemak kat Kg Sg Kecik Ilir tu cuma 3 kupang...(masa baru2 kawin dulu)..pas tu naik 4 kupang...la nie rasanya dah 5 kupang or 6 kupang...lama dah x balik Kg..
Cuba fikir, sebab apa jadi cam tu...saper nak bagi jawapan...?
Jawapannya ialah Inflasi...x tahu inflasi tu apa? Inflasi tu macam harga barang makin naik tapi gaji tetap cam tu gak...boleh rujuk kat sini
Contoh ke2,
Cuba bayangkan konon2nya kita simpan kat bank RM10,000...Nak guna masa 10-15 Tahun akan datang...untuk anak2 masuk Universiti...Rasa2nya cukup x RM10,000 tu nak masuk universiti masa tu...??(Kan dah kira Bank ABC bagi brape % peryear...) Macam citer nasi lemak gak...dah x dapat lagi nasi lemak 3 kupang....Silap2 Kos anak2 kita nak masuk Universiti masa tu RM100,000...Duit RM10,000 kita pada masa tu hanya bernilai lebih kurang RM100 jek...
Tapi cuba RM10,000 yang kita ada tu sekarang kita beli emas...dalam masa 10-15 tahun akan datang rasa2nya masa anak2 nak masuk universiti nnt berapa nilai emas tu...RM10,000 jugak ker...dah tentu tak kan...Avarage dalam 20-25% tu...tu average...
Sebab tu tu jugak la Abu Bakar Ibn Abi Mayam berkata bahawa, beliau mendengar Rasullullah s.a.w bersabda "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah dinar dan dirham.."Point dia kat sini, sama jek, daripada kita simpan duit kat Bank ABC ker, ASB ker, Bawah bantal ker...baik kita convertkan duit 2 tu semua dalam bentuk EMAS....kalau umah terbakar pun EMAS x leh cair punyer...duit bawah bantal???
Contoh ke3
Satu lagi contoh...duit simpanan ada RM100K kat bank..tetiba ada musibah berlaku kat negara kita...huru-hara cam kat thailand ari tu...(harap2 x la) Keadaan darurat...Nak cabut lari gi US....kita pun lari2 pegi bank ABC nak bawak kuar duit kita(RM100K tu)...Bank ABC tutup...takut...sebab darurat macam2 boleh jadi....Cam mana??
Katalah dia bukak gak...pas tu kita pun kata kat dia kita nak kuarkan duit kita RM100,000 tunai...Dia kata "Encik, Bank Negara dah tutup skrg nie...x leh bawak kuar duit"...ataupun dia kata "Yang kat buku bank Encik tu cuma angka 1 dan 0 jek...Mana ada duit dah...duit sume dah terbakar...penunjuk perasaan dah bakar....x dek sapa nak ganti".....ha...x ke naya...
Katakanlah jugak boleh bawak kuar duit RM100k tu...berani ker nak bawak berguni2 RM100k tu masa darurat...x takut ke kena ragut ngan mat rempit tengah jalan???
Katakanlah jugak, selamat bawak guni2 tu gi lari kat US..masa darurat tu nilai duit RINGGIT MALAYSIA jatuh teruk...Nilai RM100,000 kita tu dah jadi RM 1000 jek kat bila convert ke US dollar...boleh survive ke idup...Kat Malaysia kita kaya raya...lari US kita kena merempat lak...Nampak x?
Tapi kalau RM100K kita tu kita tukar ke bentuk EMAS, senang je nak bawak lari ke US...RM100K boleh dapat lebih kurang sekilo emas...masuk poket pun org x tahu...dah sampai US or mana2 ceruk kat dunia nie pun, EMAS tu masih sama nilai dia kat mana2 negara pun...
Tak kira la EMAS apa sekali pun kita simpan...EMAS "toh kong" ker,"tomoi"ker,"pak habib" ker..janji EMAS..
Macam aku..ada la sikit2 gak simpan..Tapi aku pilih EMAS Public Gold..."Apa..!!! EMAS Public Gold??? x pernah dengar pun..."Sama gak tak pernah dengar pun Kedai Emas Wha Tat kat negeri Pasir 2 Butir tu..(kedai ubat wha tat kat umah mak teh ada la..) x penah dengar pun "Kedai EMAS Ton Sang Pah" kat Kampung Dusun tu..he he.." Nilai EMAS nie sama je kita beli kat mana pun..Beza dia x lari banyak sangat..contoh kos upah..Lain kedai lain kos dia...Orang yang jual jek lain2...
Apa kelebihan EMAS Public Gold...nanti aku sharekan lagi kat entry seterusnya...baca2 la balik apa yang aku tulis tadi..
Nanti aku share lagi apa2 yang aku tahu pasal emas nie ye...kalau nak tahu la....
p/s : Nie EMAS tau...bukan Kak MAS yang kat johor tu ke...Saidatul MAStura ker, kapal terbang MAS ke...
Impian 5
Ok...let's talk about rich again...semua org suka sangat bila cerita pasal duit, pasal kaya kan......
Selain daripada Saving dalam Bank ABC, ASB,Unit Trust, ada satu lagi saving...--> KWSP dividen KWSP bagi Tahun 2008 -->4.50% & bagi Tahun 2009 -->5.65%
boleh refer kat sini.
Masih rendah jugak if nak banding ngan ASB...
Apa menda lagi yang semua orang boleh / mampu miliki, boleh simpan dan dalam masa yang sama harga dia sentiasa meningkat???
Apa yang aku nak share kat sini sama gak mcm saving yang dah diceritakan dalam Impian 4...Long term Saving...mana ada dalam dunia nie simpan duit ari nie RM10, esok lusa beranak jadi RM100...Skim cepat kaya je ada cam tu...Ataupun..."Dengan izin Allah,daun-daun kering boleh menjadi duit....ha ha ha..." bestnya....
Jawapan bagi entry2 Impian, Impian1,Impian 2, Impian 3 dan Impian 4 adalah....
Naper banyak cik kak2, makcik2 bila gi kenduri kawin ker, raya ker, gi mana2 majlis suka pakai Emas...dan kita pun akan terbeliak bijik mata bila nengok org dok pakai gelang emas sampai ke ketiak...rantai emas sampai rabak leher2 sbb berat sangat...Banyak duit tu.....he he...
Cuba ingat2 balik, EMAS masa nak kawin dulu, 1gram masa tu beli berapa RM...?? Cuba gi kedai Emas tengok tahun 2010 nie 1 Gram berapa RM...Nampak x???
So...berdasarkan statistik yang dibuat (cewah, mcm ayat buku @ skema kaz pulak..he he..) purata kenaikan harga emas dalam masa setahun ialah 20 - 25%...
Dan yang paling memeranjatkan sekali, purata % kenaikan pada tahun lepas ialah sebanyak 37%....Wowwww...
Cuba Calculate RM10,000 yang kita ada tu, kita beli Emas...37% maknanya...RM3700 tu...Yahoooooo.....Pakcik Kayooooo......
So...Apa lagi...buat saper2 yang nak sambut birthday x lama lagi tu jangan lupa masukkan dalam list hadiah nak mintak dari husband tu....(macam kenal jek saper...DALAM MENITI BAHAGIA, CINTA ITU PENTING, DALAM MERASA BAHAGIA, KASIH ITU PERLU, DALAM MEMUPUK BAHAGIA SAYANG ITU MESTI, DALAM HATI PASTI BERBUNGA BAHAGIA - Jiwang Giler...He He...)
Impian 4
OK, meh kita sambung sikit cite pasal Impian nie...dah lama x citer...
Agak2nya apa menda dalam dunia nie yang bila kita simpan nilainya akan meningkat...?
Kereta???? Salah...bila kita jual balik harga dia mesti jatuh...
Rumah??? Betul...-Tapi nak kena tengok lokasi yang strategik...-Contoh rumah yang harga jatuh...kat Bukit Beruntung..
Tanah??? Betul....-Modal kena banyak...Lokasi kena Strategik...Nie semua Aset...Kalau Bukan untuk kita pun,untuk anak cucu kita...
Duit??? Betul ...he he he...
Ok jom kita fikir dan buat kajian sikit...
Contoh la...contoh...kalau kita ada RM10,000....
1.Kita simpan kat Bank ABC...Dalam masa setahun berapa % kita dapat pulangannya...
Average dalam 1-2%...Kita amik la 1.5%...Dapat RM150...Syukur...sape nak bagi Free2 RM150 kan...or
2.Kita simpan kat ASB...Setahun Average 7-8% Ambik 7.5%...Dapat la RM750...Wow...Lagi banyak...or
3.Kita simpan kat Unit Trust...Nie bergantung pada keadaan...ada masa pulangan dia bagus..
ada masa x berapa bagus...bergantung pada keadaan ekonomi..Let's say kita amik contoh aku punya acc..1 1/2 Year saving, interest dapat +-18%...
So dapat la RM1800...Wowwww...He he...tu kalau simpan RM10,000...Kalau simpan RM20K,RM30K...RM100K...Kira la sendiri...he he....
Tapi tu pun macam aku tulis tadi bergantung pada keadaan ekonomi + kehebatan ilmu agent yang menguruskan satu2 akaun tu...Dan agent yang uruskan akaun aku tu mmg sorang yang expert dalam bidang tu...Alhamdulillah...Nak gunakan perkhidmatan agent tu? jgn malu2 boleh tanya aku...Yang nyata Agen tu bukan Agen 007 atau Aku sendiri...he he he...
Tapi tu semua bukan point aku nak citer kat sini...Ada pilihan lain selain dari kat atas tu.....Yang aku nak share sangat2 ngan semua org....tapi ...ada kerja nak buat sikit..nnt kita sambung lagi ya...
Buka Minda..Buka Fikiran...
Saja wujudkan entry nie sebelum sambungan cerita Impian , Impian 2 & Impian 3...
Impian 3
Lambat sangat la nak tggu Kakcik bgth apa tu pasif income...kira betul je la jawapan kakcik tu...mmg org pandai....he he...
Ok jawapan kepada pasif income tu ialah..Pendapatan sampingan la...he he....Rata2 Orang2 di Malaysia nie tak buat satu kerja je bagi tiap2 orang...Kebanyakkannya
selain dari makan gaji mesti buat site income lain....contohnya jual tudung kat office,amik upah basuh baju, jual cupcake guna blog, jual kuih tart(mcm aku la...tapi kuih tart nie mmg sedap...x pernah ada org kata x sedap...promote sikit sbb dah nak raya nie..he he)...
Ada org buat part time mlm kerja kat shopping kompleks, ada orang jadi waiter, ada orang ...
ada org tolong2 masak katering...(he he he aku la lagi tu...sape nak tempah boleh gi kat sini http://nasibaryaninona.blogspot.com/
Tu semua adalah masuk dalam kategori pasif income...tapi pasif income yang aku nak ialah masa aku tidor pun duit boleh masuk kat bank...masa aku bawak lori gi pasar beli barang2 katering pun duit masuk kat bank...masa aku tgh tawaf keliling kaabah pun duit masuk kat bank (Labbaik Allah humma labbaik, Labbaik la sharika laka labbaik, Innal hamda, Wan-ni'mata, Laka walmulk, Laa sharika lak.windunyeee...) dan masa aku tgh buang air kat toilet pun duit masuk kat bank...best kan cam tu....
Semua org mesti suka cam tu...persoalannya sekarang cam mana kita nak create pasif income jenis cam tu...?? Jawapannya....he he he...
Amirah nak tahu...Baca ayat nie dulu (x kira la baca dalam hati ke,baca dalam kepala ke) "Abg Saiful memang Hensem" Wa ka ka ka ka...Kak Sayang kena baca "Saiful yang hensem apa jawapannya?" he he he...
Ala jawapannya ada antara bakal jutawan kita dah buat pun....Salah satunya ialah SAVING la...Apa yang kita nak Saving??Duit....selain daripada Duit???
1.ASB ialah salah satu Pasif Income..
Kita tengah sibuk dok antar anak gi skolah, tengah sibuk dok siram pokok bunga, tgh sibuk dok masak kat dapur,YBhg Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman umumkan dividen asb pada tahun ini ialah sebanyak................yahooooooooooo........
2.Duit sewa rumah...
Tgh bancuh susu anak pun, penyewa masukkan duit kat bank...tahu2 dah ada duit dlm bank ...best kan klu cam tu...tapi untuk sewa rumah nie modal kena la besar sikit... lokasi rumah nak kena strategik.. banyak faktor kena ambik kira...
3.Forex..
Ilmu kena penuh betul2 didada...kalau ilmu sikit lebih baik x yah main Forex nie...lagi menyusahkan ada..
4.Unit Trust...
Pun macam ASB gak..tapi nie pun ada masa bagus..bagus la pulangannya...bila x bagus x bagus la pulangannya..so far aku letak duit ok la pulangannya..
5.Lain-lain cam biasa la...part time katering, jual tart, jual tudung, jual cendawan, jual chicken mc nugget, - nie semua jualan bermusim...ada masa ok ada masa x patut jual...
Sebenarnya banyak lagi pasif Income yang kita boleh senaraikan kat sini..cuma nak kena usaha jek...Lagipun Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)iye kan
Ada x drpd senarai Pasif Income nie yang kiter dah buat..?? Atau satu pun x buat..Memang susah sikit nak buat cam kat atas...x per.. Ada lagi satu benda yang kita boleh buat saving selain daripada duit....(tapi masih memerlukan duit, tapi modalnya x la besar mcm beli sebijik rumah utk buat sewa) long term investment...(bukan long kawan mak yang datang jalan2 dari kampung ari tu...)
Jawapannya....Jeng Jeng Jeng...Amirah n Kak Sayang ...tahu kan nak cakap apa....he he he...
Penat la Taip...Nanti la kiter citer....Kalau saper x sabar nak tahu, kena belajar bersabar...Long term Investment nie banyak bersabar...sebab pulangannya bukan ari nie simpan esok boleh untung...klu cam tu dah kira skim cepat kaye...
Jgn risau...Nie bukan jual baju dalam pompuan yg nak bagi kurus badan tu ke, jual penapis air ke, kerusi urut ke, vakum ke,...Skim Cepat kaya Ke...e-book ker...sumer bukan...Tungggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu........

















